Thursday, 13 March 2014

Selawat 'Azhimiyah

الإمام العارفين بالله مولانا السيد أحمد بن إدريس

بسم الله الرحمان الرحيم

اَللهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ بِنُوْرِ وَجْهِ اللهِ الْعَظِيْمِ {1} الَّذِي مَلَاءَ أَرْكَانَ عَرْشِ اللهِ العَظِيمِ {2} وَقَامَتْ بِهِ عَوَالِمُ اللهِ العَظِيمِ {3} أَنْ تُصَلِّيَ عَلَى مَوْلَانَا مُحَمَّدٍ ذِي الْقَدْرِ الْعَظِيْمِ {4} وَعَلَى آلِ نَبِىِّ اللهِ الْعَظِيْمِ {5} بِقَدْرِ عَظَمَةَ ذَاتِ اللهِ العَظِيْمِ {6} فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ عَدَدَ مَا فِى عِلْمِ اللهِ الْعَظِيْمِ {7} صَلَاةً دَائِمَةً بِدَوَامِ اللهِ الْعَظِيْمِ {8} تَعْظِيْمًا لِحَقِّكَ يَا مَوْلَانَا يَا مُحَمَّدُ يَا ذَا الْخُلُقِ العَظِيْمِ {9} وَسَلِّم عَلِيْهِ وَعَلَى آلِهِ مِثْلَ ذَلِكَ {10} وَاجْمَعْ بَيْنِيْ وَبَيْنَهُ كَمَا جَمَعْتَ بَيْنَ الرُّوْحِ وَالنَّفْسِ {11} ظَاهِرًا وَبَاطِنًا ، يَقَظَةً وَمَنَامًا {12} وَاجْعَلْهُ يَا رَبِّ رُوْحًا لِذَاتِي مِنْ جَمِيْعِ الوُجُوْهِ {13} فِي الدّنْيَا قَبْلَ الآخِرَةِ يَا عَظِيْمُ {14}  آمين




{1} Ya Allah, sungguh daku memohon padaMu, dengan (tawassul) Nur Wajah Allah, yang Agung.
{2} yang memenuhi rukun-rukun 'arasy Allah, yang Agung.
{3} dan dengan ia (yakni Nur Wajah Allah) berdiri seluruh 'alam-'alam (ciptaan) Allah, yang Agung.
{4} agar menselawati tuan kami, Muhammad - yang mempunyai qadar (darjat) Agung.
{5} dan ke atas ahli (keluarga) nabiy-Allah, yang Agung.
{6} dengan qadar (darjah) keagungan Zat Allah, yang Agung.
{7} pada setiap kerdipan mata dan helaian nafas sebanyak apa yang ada pada 'ilmu Allah yang Agung.
{8} berkekalan selawat ini, sekekalnya Allah yang Agung.
{9} mengagungkan bagi haq dikau, wahai tuan kami, wahai Muhammad, wahai empunya akhlaq yang Agung.
{10} dan salam kesejahteraan ke atas baginda, dan ke atas keluarga baginda semisal itu juga.
{11} dan himpunkanlah antara daku dan antara baginda, sebagaimana (di Kau, ya Allah) menghimpunkan antara ruh dan diri.
{12} zhahir dan bathin, secara sedar terjaga dan sewaktu tidur.
{13} dan jadikanlah baginda wahai Tuhanku, ruh bagi zat daku, daripada sekalian wajah (zat selainnya).
{14} di dunia sebelum datangnya akhirat, wahai Yang Agung.

"Selawat 'Azhimiyah" ini antara 'amalan terbesar yang telah diberi oleh Rasul-Allah صلى الله عليه وسلم kepada al-Imam Ahmad bin Idris رضي الله تعالى عنه (pendiri Thariqah Rabbiyah al-Ahmadiyah al-Idrisiyah) ketika beliau bertemu dengan baginda Rasul-Allah صلى الله عليه وسلم beserta nabiy Khidr عليه الصلاة السلام secara jaga (yaqazhah يقظة).

Selawat Tafrijiyah

بسم الله الرحمان الرحيم

اَللهُمَّ صَلِّ صَلَاةً كَامِلَةً[1]، وَسَلِّمْ سَلَامًا تَآمًّا [2] عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدِ نِ الَّذِىْ تَنْحَلُّ بِهِ الْعُقَدُ [3]، وَتَنْفَرِجُ بِهِ الْكُرَبُ [4]، وَتُقْضَى بِهِ الْحَوَائِجُ [5] وَتُنَالُ بِهِ الرَّغَائِبُ [6]، وَحُسْنُ الْخَوَاتِمِ [7]، وَيُسْتَسْقَى الغَمَامُ بِوَجْهِهِ الْكَرِيْمِ [8]، وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ فِى كُلِّ لَمْحَةٍ وَنَفَسٍ بِعَدَدِ كُلِّ مَعْلُوْمٍ لَكَ [9] انتهى
آمين
[1] Wahai Allah, selawatlah selawat yang sempurna,
[2] sejahterakanlah kesejahteraan yang sejati/terpenuhi/tercukupi
[3] ke atas Penghulu kami/Sayyidina "Muhammad" صل الله عليه وسلم yang terbubarlah dengannya (yakni dengan barakah selawat) segala simpulan ikatan
[4] dan terbinasalah dengannya (yakni dengan selawat ini) segala kesukaran.
[5] dan tertunailah segala hajat
[6] dan mendapatlah dengannya apa yang diharapkan
[7] dan baik pada penghujung (umur)
[8] dan tercurah-curahlah awanan air hujan dengan barakah wajah (peribadi) yang Mulia (Muhammad صل الله عليه وسلم)
[9] dan ke atas ahlinya dan sahabatnya pada setiap kerdipan mata mengerdip, dan hembusan nafas dengan sebilangan setiap yang diketahui oleh-Mu
 [Keterangan Umum]
 Kata al-Imam al-Dainuri
  1. Barangsiapa membaca 11x pada tiap-tiap kali lepas shalat fardh,maka tiada putus rezekinya, juga akan mendapat martabat yang tinggi.
  2. Barangsiapa membaca 41x pada setiap kali lepas shalat subuh, maka akan tercapai yakni berhasil segala maksud dan cita-citanya.
  3. Barangsiapa membaca 313x pada setiap hari, maka akan terbuka segala rahsia/sirr dan dapat melihat apa yang dikehendakinya.
  4. Barangsiapa membaca 1'000x, maka akan tercapai segala perkara yang tiada dapat tergambar oleh 'aqal, tiada terlihat dengan mata kasar, tiada di dengar oleh telinga dan yang tidak terlintas pada hati.
Kata al-Imam al-Qurtubi
  1. Barangsiapa membaca 41x atau 100x atau lebih pada setiap hari akan dapat menghilangkan segala dukacita dan dapat mengelakkan segala bala (yang memudaratkan) serta diluaskan rezekinya, terbuka segala pintu kebajikan, perkataannya sentiasa didengar (dihormati/dipatuhi) orang, terjauh daripada kemiskinan dan kepapaan, kasih segala manusia kepadanya dan mustajab segala doanya.
  2. Untuk menghasilkan segala urusan penting dan menolak segala bala yang datang, maka hendaklah dibaca 4,444x sambil bertawasul (mengambil barakah/perantaraan) dengan Nabiy صل الله عليه وسلم yang mempunyai sifat-sifat yang Agung/Kemegahan kemudian berdo'alah. Insya-Allah akan dimakbulkan oleh Allah سبحانه وتعالى.
Berkata pula, Sayyidi Muhammad Haqqa, "Aku telah mengajar selawat Tafrijiyah ini kepada seorang perempuan yang telah buta matanya selama 25 tahun. Kemudian di 'amalkan olehnya sehingga sempurna bilangannya sebanyak 4,444x dalam tempoh lapan hari tiba-tiba matanya dapat memandang (celik) semula dengan kuasa Allah سبحانه وتعالى."
 

Selawat Nuraniyah

الإمام العارفين بالله مولانا الشيخ سيدي أحمد البدوي
  
بسم الله الرحمان الرحيم

اللهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَى سَيِّدِنَا وَمَوْلَانَا مُحَمَّدٍ [1] شَجَرَةِ الْأّصْلِ النُّوْرَانِيَّةٍ [2] وَلَمْعَةِ الْقَبْضَةِ الرَّحْمَانِيَّةِ [3] وَاَفْضَلِ الْخَلِيْقَةِ الْإِنْسَانِيَّةِ [4] وَأَشْرَفِ الصُّوْرَةِ الجِسْمَانِيَّةِ [5] وَمَعْدِنِ الْأَسْرَارِ الرَّبَّانِيِّةِ [6] وَخَزَائِنِ الْعُلُوْمِ الْإِصْطِفَائِيَّةِ [7] صَاحِبِ الْقَبْضَةِ الأَصْلِيَّةِ  [8] وَالْبَهْجَةِ السَّنِيَّةِ [9] وَالرُّتْبِةِ العَلِيَّةِ [10] مَنِ اْندَرَجَتِ النَّبِيُّوْنَ تَحْتَ لِوَآئِهِ فَهُمْ مِنْهُ وَاِلَيْهِ [11] وَصَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلَيْه وَعَلَى آلِهِ وَصَحْبِهِ [12] عَدَدَ مَا خَلَقْتَ وَرَزَقْتَ وَأَمَتَّ وَأَحْيَيْتَ اِلَى يَوْمِ تَبْعَثُ مَنْ اَفْنَيْتَ [13] وَسَلِّمْ تَسْلِيْمًا كَثِيْرًا وَالْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ [14] انتهى

(1) O' Allah! Exalt, greet and bless our master and liege lord Muhammad,
(2) the Tree of Original Light,
(3) the Sparkle of the Handful of Divine Mercy,
(4) the Best of All Humankind,
(5) the Noblest of Physical Frames,
(6) the Vessel of the Lord’s Secrets
(7) and Storehouse of the Sciences of the Elect,
(8) the Possessor of the Original Divine Grasp,
(9) Resplendent Grace,
(10) and Uppermost Rank,
(11) under whose flag line up all the prophets, so that they are from him and point to him.
(12) Bless, greet and sanctify him and his Family and Companions,
(13) to the number of all that You have ever created, sustained, caused to die, and caused to live again, to the Day You resurrect those You reduced to dust, and greet him with an abundant and endless greeting. Glory and praise belong to Allah, the Lord of the Worlds!

 When Muhammad al-Talmaysani (r) completed Dala'il al-Khayrat 100,000 times, he saw the Prophet (s) in a dream, saying, “O Muhammad al-Talmaysani! If you read the Salat an-Nuraniyya of Ahmad al-Badawi, it will be as if you have completed Dala'il al-Khayrat 800,000 times!”

[1] Wahai Allah, berilah rahmat, sejahtera keselamatan dan barakah ke atas penghulu kami dan tuan kami, Muhammad.
[2] (iaitu baginda mulia merupakan) pokok/dasar/asli/esensi bagi (segala) Cahaya.
[3] dan berkelipan ia dalam genggaman (sifat) kasih sayang
[4] dan sebaik-baik manusia dalam ciptaan.
[5] dan sebaik-baik kemuliaan dalam keadaan (imej), dalam perihal jasmaniyah.
[6] dan simpanan rahsia-rahsia Ketuhanan
[7] dan khazanah 'ilmu-'ilmu pilihan/terpilih (limited edition)
[8] (bagindalah) yang punyai genggaman pokok/dasar
[9] (baginda merupakan) sinar yang gemerlap/gemilang
[10] darjat yang tertinggi
[11] (baginda itu ialah Muhammad صلى الله وسلم وبارك عليه yang) sekalian yang mempunyai darjat kenabiyan (segala para anbiya) itu seluruhnya dibawah panjinya, kerana mereka (sekalian anbiya') itu daripada baginda (Muhammad) dan kepada baginda (Muhammad) juwa
[12] (wahai Allah) rahmatilah, sejahteralah dan berkahilah ke atas baginda dan ke atas ahli (keluarga) baginda dan sahabat-sahabat baginda (Muhammad صلى الله عليه وسلم)
[13] sebanyak bilangan apa yang Engkau ciptakan, dan yang Engkau razaqikan, dan yang Engkau mematikan, dan yang Engkau hidupkan, sehinggalah kepada hari Engkau bangkitkan kembali.
[14] dan sejahteralah kesejahteraan yang sebanyak-banyaknya, dan sekalian pujian tertuju hanya bagi (dan milik) Allah juwa, Tuhan seluruh 'alam.
 -
berkata Syaikhina Wan 'Aliy bin 'Abdal-Rahman al-Kelantaniy,
 -
"Ini selawat Sayyidi Ahmad al-Badwiy yang amat besar fadhilatnya dan banyak khasiatnya. Telah menyebut oleh kebanyakan orang yang 'arifiin bahawasanya selawat ini sebab bagi menghasilkan "Anwar", dan membukakan "Asrar" pada hati dan memudahkan rezeqi yang zhahir iaitu rezeqi yang bathin, iaitu 'ilmu dan ma'rifat dan menolong melepaskan daripada nafsu syaithan dan seteru (musuh) dan telah menyebut mereka itu bahawasanya membaca selawat (دلائل الخيرات) sekali khatam dan barangsiapa mengekali membaca akan dia tiga kali tiap-tiap lepas sembahyang maghrib dan 'Isya-i tiap-tiap hari nescaya melihat akan dia "Asrar" yang banyak."
[m/s لمعة الاوراد, 44-45]