Tuesday, 5 December 2017

ISTIGHATSAH kepada ANBIYA' DAN AWLIYA'

Oleh: Mufti Ahmad Yar Khan Naeemi
progress 50%

Adalah meminta pertolongan para anbiya' (nabi) dan awliya' (waliy) itu di bolehkan ketika seseorang itu percaya bahawa pertolongan tersebut sebenarnya dari ALLAH Ta'ala sendiri, dan segala 'keperibadian' itu (iaitu orang-orang mulia yang dimintai pertolongan dari mereka tadi) adalah hanya cerminan dari pertolongan ALLAH. Kaum muslimiin hanya menanggapi demikian ini sahaja dan ketahuilah tidak ada seseorang pun dari mereka akan mengatakan bahawa seorang waliy adalah ALLAH. Adapun dalam masalah ini, perbincangan akan dibahagikan kepada dua bab.

BAB 1: DALIL BOLEH MEMINTA PERTOLONGAN (ISTIGHATSAH) DARI SELAIN ALLAH

KETAHUILAH, ada terdapat ayat-ayat Quran, hadith-hadith yang shahiih, fatawa golongan fuqaha' dan muhadithiin yang membolehkan dan juga keadaan dalil yang menolak permintaan bantuan dari selain ALLAH. Maka kita akan membincang setiap bahagian itu secara satu persatu.
ALLAH berfirman,
وَإِن كُنتُم في رَيبٍ مِمّا نَزَّلنا عَلىٰ عَبدِنا فَأتوا بِسورَةٍ مِن مِثلِهِ وَادعوا شُهَداءَكُم مِن دونِ اللَّهِ إِن كُنتُم صادِقينَ
"Dan kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang benar."[1]
dalam ayat ini, orang-orang kafir dicabar oleh secara terbuka untuk menghasilkan satu Surah seumpama al-Quran dan dipersilakan oleh ALLAH secara tekstual meminta pertolongan dari selain ALLAH dari mana dan siapa sekalipun. Disini kita dapati ALLAH membolehkan mengambil pertolongan dari selain ALLAH.
Nabi 'Isa 'alaihisSalam pernah bertanya, "Siapakah penolong agama ALLAH?" para sahabat baginda (Hawariyyuun) menyahut, "Kamilah yang akan bantu agama ALLAH!". Peristiwa ini dirakamkan dalam Surah Ali 'Imran ayat 52
Ayat ini menetapkan nabi 'Isa 'alaihisSalaam sendiri meminta atau mempersoalkan bantuan dari selain ALLAH. "Siapakah yang akan membantuku?". Makanya, disini kita dapat lihat nabi 'Isa meminta bantuan dari selain ALLAH."
Melalui dalil ini, memberikan kita kaidah, "saling membantu pada perkara ma'ruf dan 'amalan salih dan tidak pada jalan kejahatan dan maksiat." Saling bantu membantu diperintahkan pada ayat di atas.
"jika kamu membantu agama Allah, Dia akan membantumu.” Allah, adalah Zaat yang bersifat Kamalat, salah satu Asma’Nya “al-Ghaniy” (Yang Maha Kaya), memerintahkan hamba-hambaNya supaya membantu agamaNya.
Pada hari Perjanjian (al-Mitsaaq)  Allah telah mengambil perjanjian dari arwah[2] para anbiya’ yang mulia atas KekasihNya (صلى الله عليه وسلم)
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنصُرُنَّهُ
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh menolongnya"[3]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Wahai sekalian orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan (mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar”[4]
Orang Islam diperintahkan mencari bantuan melalui “sabar” dan “solat”, kedua duanya adalah selain ALLAH.
فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ, demikian ini adalah ucapan yang telah terakamkan di dalam al-Quran apabila Hadrat Zul-Qarnain meminta pertolongan orang-orang untuk membantu beliau membina tembok besi memenjarai Yakjuj dan Makjuj.[5]
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللَّهُ وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.[6]
 فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَٰلِكَ ظَهِيرٌ
“…kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.”[7]
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ
“Sesungguhnya Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman, yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk menjunjung perintah Allah).”[8]
قَالَ سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ
“Dia (Allah) berfirman, “Kami akan menguatkan engkau (membantumu) dengan saudaramu,”[9]
Dan di dalam ayat lain pula,
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain…”[10] Adalah sudah maklum melalui penerangan ini, Allah, al-Rabb (pentadbir), adalah penolong kamu, dan juga adalah orang Islam sesama mereka. Namun, Allah merupakan penolong secara langsung (بالذات) sementara orang-orang Islam adalah penolong secara tidak langsung (بالأرض).[11]
Ketika Hadrat Musa diperintahkan bertemu dengan Fir’aun untuk di dakwahi, baginda mulia menyerahkan diri kepadaNya dan meminta, “وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي هَارُونَ أَخِي اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي -
"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku; Kuatkanlah dengan sokongannya, pendirianku, Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku…”[12]
Pada waktu itu, mengapa Allah tidak membalas, “Mengapakah engkau mengambil pihak selainKu sebagai penolongmu? Tidakkah Aku cukup untukmu?” Bahkan, Allah mengabulkan permintaan Nabi Musa. Oleh itu, kita dapat pelajari dari kisah ini, mengambil orang-orang terpecaya adalah ciri-ciri dari sunnah-sunnah anbiya’ yang mulia.
Hadrat Rabee’ah ibn Ka’ab Aslami meriwayatkan adalah Nabi Muhammad yang Mulia mengatakan kepada beliau, “Mintalah.”, beliau berkata, “Aku minta persahabatanmu (ya RasuulAllah) di Syurga.” Kemudian nabi bertanya, “Adakah ada lagi keinginanmu?”. Beliau membalas, “Itu saja wahai Sang Rasul.”, maka Rasulullah pun mengatakan, “Bantulah aku mendorongmu dengan memperbanyakkan sujud (solat nafilah).”[13]
Hadith tersebut adalah sangat jelas menyatakan bahawa Nabi Muhammad yang mulia dimintai oleh Hadrat Rabee’ah akan Syurga. Nota: baginda tidak membalas, “Kamu sudah memintai aku syurga justru mengusiri ALLAH? Kamu sudah musyrik.” Melainkan baginda merespon, “permintaanmu diterima, adakah ada lagi permintaanmu?” Ini juga adalah dalil yang menambahkan lagi kolektif dalil yang sudah sedia kuat. Bahkan sang Nabi juga mengatakan dengan bentuk permohonan yang sama, “Bantulah aku mendorongmu dalam urusan ini melalui memperbanyakkan sujud.” Ini juga adalah permintaan dari selain Allah yang dipercontohkan oleh nabi.
Syaikh Abdul-Haqq Muhaddith Dehlawiy menuliskan komentar tentang hadith ini, “Mintalah” adalah secara jelas dan literal disebutkan oleh Nabi. Baginda juga tidak melarang hal demikian dengan menunjukkan sesuatu bentuk kesalahan. Melalui ini kita mengetahui bahawa urusan ini di restui dan di ajarkan oleh baginda mulia, Sayyiduna Rasuulullah sendiri. Juga adalah menunjukkan kemurahan dan kelembutan attribut Nabi yang senantiasa memberi dan mengurniakan apa sahaja, dengan perintah Tuhannya kerana,[14]
فان من جودك الدنيا وضرتها، ومن علومك علم اللوح والقلم
“maka sesungguhnya dari Wujudmulah (wahai Muhammad! Menjadi sabab dan rahmat) bagi wujud Dunya dan Hari Kemudian, dan adalah ‘ilmu akan al-Lauh dan al-Qalam itu sebahagian dari ‘ilmu-‘ilmu engkau (wahai Muhammad)”
Jika kamu menginginkan kebaikan dari bangsa dunia ini atau dari hari kemudian, persembahkanlah diri kalian di hadapannya (nabimu Muhammad) dan mintalah apa yang kamu inginkan.”[15]
Terdapat 360 patung berhala berada di Ka’bah dan berterusan kekal berada di sana selama 300 tahun. Kemudian setelah itu bangkitlah sang nabi kita yang agung menyucikan kembali Baitullah. Allah kemudian menegaskan, “Ketahuilah, Rumahku tidak akan suci tanpa bantuan kekasihKu, begitulah hati-hati kamu jika tanpa bantuannya: ia tidak akan suci.”
Syarahan dalam kitab, “Noorul-Anwar”, ketika membahaskan tajuk, “al-Khalq”, “termasuk dari sifat mulia sang Nabi iaitu dirinya sentiasa hadhir di Hadrat Tuhannya dan sibuk memberkati dan merahmati dua negeri (dunya dan akhirat). Ini disebabkan hanya baginda seorang sahaja yang mempunyai kedua-dua negeri dan segala apa yang dimilikinya itu, hanya dialah yang memberi dan menganugerahi.
Di ambil daripada Syaikh Abdul-Haqq bahawa adalah tuntas secara haqiqat segala kurniaan dan Rahmat dunya dan akhirat patut kita mohon dari Nabi Muhammad yang mulia, dari permintaan kemewahan, anak pinak, syurga, kelepasan dari Jahannam dan sekalipun ingin sampai kepada Hadrat ALLAH.[16]
Ada suatu sya’ir sufi berbunyi, “Wahai Rasuulullah! Aku memintamu bawalah Aku sampai ke Hadrat ALLAH.”[17] Wahai ALLAH, aku memintaMu dengan nabi yang Agung.”[18]
Hadrat Qibla-e-Aalam, Muhaddith Alipuri menyatakan, “ALLAH berfirman,
وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوا أَنفُسَهُمْ جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ تَوَّابًا رَّحِيمًا
“…Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima taubat, lagi Maha Mengasihani.”[19] Iaitu (Syarahan ini ayat bagi Muhaddith Alipuri), “Allah akan mengasihani dan menerima taubat mereka.” Dalam kata lain, mereka akan sampai kepada ALLAH dengan menuju kepadamu wahai Rasuulullah.”
Seperti dalam Ashiatul-Lam’aat, Mulla Ali Qaari menuliskan atas komentar hadith yang sama, “Adalah sang nabi yang mulia mengurniakan kepada sesiapa sahaja yang baginda mahu atas sesuka hatinya.”[20]
Imam Fakhruddin ar-Raazi menuliskan, “golongan ketiga dari kalangan mereka itu adalah para anbiya’, iaitu yang sudah di kurniakan ‘ilmu-‘ilmu dan futuhat dari Allah sehingga mereka mengetahui rahsia-rahsia ‘alam dan ciptaanNya dan di berikan Allah kekuasaan ruhaniyah yang besar. Mereka juga di anugerahkan kekuasaan yang sangat banyak sehingga dapat menguasai makhluq-makhluq di ‘alam raya.”[21]
Dalam ayat, “وإذْ قال ربك للملئكة   direkodkan dalam Tafseer Kabeer berkenaannya akan sebuah riwayat dari Hadrat Abdullah ibn Abbas, “{berkata sang nabi} hendaklah jika seseorang kamu ketika tersesat di padang pasir atau tempat asing lagi sunyi mengatakan, “Ya ‘IbaadALLAH, bantulah aku, semoga ALLAH memberikan rahmatNya kepada kalian.”
Komentar atas ayat, “ويسعون فى الأرض فسادا  al-‘Allamah Ismaa’il Haqqiy mengatakan bahawa Syaikh Shalehuddin menyatakan, “Allah telah memberikan aku kekuasaan[22] sangat kuat dan tak terkalahkan sehingga aku boleh menjatuhkan langit ke bumi. Jika aku berkehendak, aku boleh menghancurkan seluruh manusia di muka bumi dengan kekuasaan ALLAH, tapi aku hanya berbuat kebaikan.”[23]
Mawlana Jalaaluddin al-Rumi mengatakan, “para awliya’ Allah mendapat kekuatan dari ALLAH sehingga dapat mengembalikan panah yang telah dilepaskan busur.”[24]
Syaikh Abdul-Haqq menuliskan, “Imam al-Ghazali menyatakan, “meminta pertolongan[25] dari seseorang ketika masih hidup adalah mustahab juga meminta kepadanya ketika beliau sudah meninggalkan dunia.”
Berkata seorang Buzurg[26], “Aku telah menyaksikan empat orang yang memberi bantuan yang sama atau mungkin lebih dahsyat lagi keadaannya dan mereka itu membantu dari quburan mereka seperti berkhidmat mereka ketika masih hidup.”
Ada sesetengah orang mengatakan, “bantuan orang yang masih hidup itu lebih berkuasa, dan jelas memberi banyak manfaat dan faedah.”[27] Walaupun demikian perkataan mereka, aku[28] menegaskan bahawa hal ini tidaklah benar, bantuan orang yang sudah meninggal lebih besar. Para awliya’ itu mempunyai wilayah yakni kekuasaan[29] ke atas ‘alam. Hal ini kerana ruh mereka tidak binasa, melemah. Ketahuilah ruhaniyah para awliya’ adalah seperti sediakala hidup mereka.”[30]
Nota hujung di dalam Kitab Mishkaat Shariif menerangkan, “Perbuatan meminta di do’akan[31] oleh ahli-ahli quburan selain dari nabi tercinta Muhammad, dan para anbiya’ yang lain telah diperdebatkan orang golongan fuqaha’ (banyak pendapat). Walau begitu, Saadatina Shaufiyah[32] dan sebahagian fuqaha’ membolehkan ‘amalan tersebut. Al-Imamus-Syafi’iy mengatakan, “Adalah maqam al-Imam Musa al-Kazhim itu terbukti berkesan memaqbulkan do’a.” al-Imam al-Ghazzaliy mengatakan, “meminta pertolongan (istighatsah) adalah boleh kepada orang yang sudah meninggal sebagaimana mereka masih hidup.”[33]
Dari pendapat inilah para fuqaha’ tidak menolak kebolehan meminta kepada anbiya’ yang sudah berpindah ‘alam. Adapun meminta di do’akan para awliya’ yang sudah meninggalkan dunia diperselihi di kalangan fuqaha’. Ulama’ dari golongan ‘ilmu zahir[34] menolak akan kebolehannya sementara para pembesar Sufiy dan Fuqaha’ yang diberikan futuhat dan mukasyafat menetapkan bahawa ianya adalah di anjurkan di dalam agama.
Di dalam Hisnul-Haseen menegaskan, “Apabila pertolongan itu di perlukan, seseorang itu hendaklah menyeru, “Wahai ‘IbaadAllah, tolonglah aku!” wahai ‘IbaadAllah, bantulah aku!” – m/s 202
Al-‘Allamah Mulla ‘Aliy al-Qaariy mengatakan, “jika binatang ternakan seseorang itu menghilang, hendaklah dia mengatakan, “wahai ‘IbaadAllah, halangilah (pelarian) binatangku.”[35]
Berkomentar akan “’IbaadUllah”. Beliau menyatakan, “hamba-hamba ALLAH[36] (yakni ‘Ibaadallah) bermaksud banyak, boleh di maksudkan kepada para malaikat, orang Islam, djinn atau para ‘Abdal iaitu Rijaalul-Ghaib).”[37]
Kemudian beliau menegaskan, “hadith ini sanadnya hasan. Para musafir sangat memerlukan pertolongan ini dan patut di jadikan kebiasaan (tradisi) dan ‘amalan ini ternyata berkesan.”
Shah ‘Abdul-Azeez menuliskan, “Adalah mustahak difahami bahawa meminta pertolongan; istighatsah itu adalah meminta pertolongan dari seseorang atau pihak kedua, dan menyaqini bahawa pertolongan itu bukan dari ALLAH, ia hanya adalah sebuah kepercayaan dari pihak kedua adalah haram. Namun, sekiranya perhatianmu dan syuhudmu itu kepada ALLAH, dan pihak kedua ini (waliy min awliya’ atau ‘ibaadALLAH) dipandang sebagai mazhar; manifestasiNya dari pertolongan ALLAH, dan memahami  dengan I’tiqad yang bersih dan murni tentang asbab musabab dan bagaimana sunnatUllah[38] berjalan, maka mintalah pertolongan dengan pemahaman yang telah disebutkan tadi, hal ini kerana ia tidak jauh dari pengenalan yang sebenar (sejajar dengan kebenaran ma’rifat) dan ianya di bolehkan di dalam agama. Adalah kaidah meminta pertolongan ini (istiaanat) dari pihak lain (selain ALLAH) sudah dipercontohi oleh para anbiya’ dan awliya’sendiri. Kerana secara haqiqat, meminta pertolongan ALLAH dari selain ALLAH itu juga adalah permintaan kepada ALLAH.”[39]
Beliau juga menerangkan, “mengatakan kerja-kerja ALLAH (seperti mengurniakan anak, menambahkan rezeqi, memberi kesihatan kepada yang sakit, dan seterusnya) kepada jiwa-jiwa yang hina dari kalangan musyrikuun dan penyembah berhala, sudah tentulah mereka itu menjadi kafir. Tetapi orang yang Islam menanggapi demikian itu adalah kebenaran dan haqiqat yang nyata tanpa berbelah bagi, dan memandangnya adalah sebahagian daripada suruhan agama. Hal ini kerana kita menganggap perkara tersebut keperluan kepada makhluq lain (contohnya, makan ubat, do’a para awliya’ dan solehin dan seterusnya) dan golongan muqarrabin ini meminta kepada Allah juga untuk menyempurnakan keperluan manusia. Oleh sebab itulah keimanan golongan mukmin tidak tergoyahkan dek kerana perkara sedemikian itu.[40]
Di dalam buku Bustaanul-Muhaditheen, Shah Abdul-Azeez merekodkan ayat yang keramat dari Syaikh Abdul-Abbas Ahmad Zardani (ر), “Aku adalah penyimpan bagi murid-muridku, ketika masalah menghimpit mereka. Jika kalian (wahai murid) mendapati sebarang kesulitan atau kesusahan, menyerulah, “Yaa Zarooq (ر)!” dan aku akan segera mendapatkanmu.”
Dalam ayat, “فلبث فى السجن بضع سنين  [41]
“maka disebabkan itu, tinggallah (Yusuf) di dalam penjara beberapa tahun.”
Tafseer Kabeer, Ruuhul-Bayaan dan Khaazin menyatakan terhadap atas tadi, “الاستعانه بالناس فى دفع الضرر والظلم جائزةiaitu “(semua)[42] penyeruan kepada manusia dalam (urusan) menolak bahaya dan kezaliman adalah hukumnya mubah.” Dan pada ayat, lanjutan ayat itu “فانساه الشيطان”, Tafsir Khaazin juga menyatakan, “الاستعانة بالمخلوق في دفع الضرر جائز” – iaitu “(semua) penyeruan kepada makhluq dalam (urusan) menolak mudarat adalah harus/boleh.”
Demikian ini pula di amalkan untuk mencari harta yang hilang, “Apabila seseorang kehilangan sesuatu dari kepunyaannya dan dia mengharapkan Allah memulangkan kembali kepadanya barang tersebut, maka berdirilah dia pada suatu tempat yang tinggi dan menghadaplah arah Qiblat, kemudian membaca Surah al-Fatihah dan menghadiahkan pahala itu kepada Nabi kita, kemudian hadiahkan lagi satu bacaan kepada Sayyidi Ahmad ibn Alwan (ر). Setelah itu membacalah doa ini, “Wahai Sayyidi Ahmad ibn Alwan! Jika engkau tidak mengembalikan apa yang menjadi kepunyaanku itu (yang sudah hilang) maka aku akan singkirkan engkau dari daftar para awliya’ (kekasih ALLAH)” Melalui ini, Allah akan mengembalikan barangnya dengan selamat dan berkat.[43]
Sayyid Ahmad ibn Alwan (ر) sudahpun diamalkan dan bantuan beliau sudah dimintai atas maklumat kita terhadap ini amalan, setidaknya pasti sudah berlangsung beberapa lama. Maka siapa yang mengajarkannya? Ia di ajarkan oleh yang Mulia, Faqih dan ‘ilmu besar dalam madzhab Hanafi dan pengarang bagi kitab Durr-e-Mukhtaar, al-Imam Haskafi (ر)
Al-Imam Abu Hanifah pernah mengatakan, “Wahai yang paling mulia dan elok dari seluruh ciptaan dan Khazanah Rahmat Ilahi, Apa sahaja yang ALLAH sudah kurniakan kepadaMu, berikanlah aku sebahagian darinya juga. ALLAH (ج)  telah menjadikan engkau puas dan terpenuhi, maka puaskanlah dan penuhilah aku. Aku adalah pedamba KemurahanMu dan tidak ada yang setara denganMu di dalam segala ciptaan.” – Qasidah Nu’man.
Dalam qasidah tersebut, pertolongan secara jelas, soreh dan nyata kepada sang Nabi Mulia.
Imam Busairi juga menuliskan, “Wahai yang unggul dari sekalian ciptaan! Tidak ada seorangpun yang aku harapkan perlindungan darinya melainkan Engkau.” – Qasidah Burdah.
Jika kami ingin menaqalkan setiap bukti dari kalangan ‘ulama, fuqaha’ yang mengamalkan permintaan kepada nabi Muhammad untuk pertolongan, maka sudah pastilah sangat panjang dan meleret. Oleh itu cukuplah dengan sekadar ini.
Di ambil dari Shaami, dalam masalah berpergian atau safar menuju kepada quburan, Imam al-Syafi’iy menyatakan, “Apabila aku menghadapi suatu keperluan, aku menghadirkan diriku di hadapan maqam (qubur) Imam Abu Hanifah (ر) maka melaluinya aku mendapat berkah dan keperluanku terpenuhi.
Mulla Ali Qari (ر) merekodkan kenyataan Hadratus-Syaikh, Abdul-Qadir, Ghawthul-A’zham (ر), “Sesiapa yang meminta bantuanku (istighatsah) dalam apa jua masalah, kesukaran atau kesedihan, kesusahannya itu akan di lenyapkan. Sesiapa yang mengambil namaku dan menyeru kepadaku dalam kesukaran, kesukarannya itu akan di angkat, dan sesiapa yang menggunakan aku sebagai waseelah kepada ALLAH dalam apa jua keperluannya, hajatnya akan sampai.[44]
Dalam tajuk yang sama, sudah di riwayatkan bahawa, Hadrat Ghawtul-A’zham (ر) sendiri menjelaskan kaifiat untuk melakukan Namaaz-e-Ghawthiya: (1) mendirikan dua rakaat solat nafilah dengan bacaan surah al-Ikhlas 11 kali selepas al-fatihah, (2) selepas memberi salam akhiri solat, Durood (selawat) dan salaam hendaklah dibaca sebanyak 11 kali setiap satu. Kemudian mengambil 11 langkah mendekati Kota Baghdad al-Syarif dan pada setiap langkah, nama Hadrat Ghawthul-A’zham (ر) hendaklah di sebut dan sampaikanlah keperluan anda. Dua ayat ini juga patut dibaca:
ايدركنيْ ضيم وانت خيرتي، واظلم فى الدنياء وانت نصيرى
وعار على حامى الحمى وهو منجدى، اذا ضاع فى البيدا عقال بعيرى
Setelah menuliskan ini, Mulla Ali Qaari (ر) menuliskan, “Adalah Namaaz-e-Ghawthia ini sudah di amalkan berkali-kali. Keputusannya senantiasa benar, dan baik.”
Hadrat Ghawthul-A’zham (ر) mengajarkan kaum muslimiin memohon kepada beliau ketika dalam kesusahan. Juga seorang ulama’ yang hebat dalam madzhab Hanafi merekodkan ajaran Hadrat Ghawthul-A’zham ini tanpa sebarang bantahan dan memberikan keberkesanan serta sokongan dalil-dalil agama. Oleh itu, sudah memadailah pada kita membicarakan lagi bahawa meminta pertolongan dari golongan Buzurgs[45] setelah perpindahan ‘alam adalah dibolehkan dan memberikan kebaikan.[46]
Kesemua yang kita sudah bicarakan dan lalui adalah bukti dan dalil yang kuat dari Quran, Hadith dan pendapat para fuqaha’, ulama’ dan masyayikh. Kita mengikuti pula pendapat dari pihak yang menentang dan mengatakan ia adalah amalan yang konon sesat lagi kufur.
Syaikhul-Hindi dari Deobandi, Maulwi Mahmuud Hasan, menuliskan dalam tafsir al-Quran beliau, pada ayat, “إياك نستعين” “Ya, adalah dibolehkan secara terang-terangan meminta bantuan dari orang-orang shalihin, dengan sangkaan yang baik bahawa beliau itu menjadi tangga kepada Rahmat Ketuhanan. Namun berhati-hatilah, bukan beliau itu merdeka atau qadim (غير المستقل), ini kerana mencari pertolongan (استعانة) itu secara terus terang adalah meminta kepada Allah. Dari nuqilan ini, sudah menentukan jawapan bagi masalah ini. Adalah kami[47] mendakwa dengan yaqin bahawa qaum muslimiin tidak akan beriman dan beri’tiqad ke atas anbiya’ dan awliya’ itu sebagai Allah, atau selekeh-lekeh menjadi anakNya. Mereka (qaum muslimiin) menyahajakan permintaan dan pertolongan itu adalah sebagai waseelah atau perantaraan.
Telah di hantarkan sebentuk soalan kepada Maulwi Rasheed Ahmed, “Apakah hukum atau keputusan tuan terhadap pembacaan,” “Ya Rasuul-ALLAH! Ini adalah permohonan kepadamu. Ya Muhammad Mustafa! Kami memohon suatu keperluan darimu. Bantulah, ya Muhammad Mustafa, bagi hak ALLAH, disepanjang masa, aku mohon kepadamu!.”, bagaimana?”
Kemudian dijawab oleh beliau, “Membacanya dalam keadaan penuh kecintaan dan keteguhan, dengan tanggapan bahawa Allah akan mendengar[48] (akan permintaan itu) atau sahajakan ia atas sebab kecintaan tanpa apa apa anggapan adalah di bolehkan.”[49]
Bertanya lagi seseorang kepada beliau, apakah hukum ke atas pembacaan rangkap ini,
"يا رسول الله انظر حالنا, يا رسول الله اسمع قالنا"
"انني في بحرهم معرق، خذ بيدى سهل لنا اشكالنا"
Atau membaca serangkap ayat dari Qasidah Burdah,
يا امرم الخلق ما لى من الوذبه، سواك عنذ حلول الحادث العمم
Kemudian beliau menjawab, “membaca rangkap sedemikian itu, samada madah-madah pujian, sya’ir, atau kata-kata keramat, itu semua adalah makrooh-e-tanzeehi. Bukan perbuatan kufur dan fasiq.[50]
Dalam guntingan-guntingan yang di hidangkan, meminta kepada nabi (صلى الله عليه وسلم) pertolongan sudah diputuskan tidak menjadi kekufuran, men-syarikat-kan Allah, tetapi ianya adalah dibolehkan (mubah) dan adalah menjadi Makrooh-e-Tanzeehi bagi pendapat yang paling jauh untuk di ambil kira.
Maulwi Qaasim Nanautwi menuliskan, “Anugerahilah pertolongan, wahai Rahmat sang Ahmad (صلى الله عليه وسلم) kerana tidak ada penolong selain engkau bagi Qaasim yang malang ini.”[51]
Maulwi Isma’il Dehlawi menuliskan, “adalah golongan elit-elit[52] lagi tinggi darjat ini mempunyai wilayah dan kelulusan untuk mengubah ‘Alam Mitsal dan ‘Alam Shahaadat[53].”[54]
Haaji Imdaadullah Makki menyatakan, “Ya Rasuul-Allah, Allah sudah memberikan kapal ummat ini untuk kau nakhodai. Engkau boleh sekarang sama ada mengkaramkan ia atau terus berlayar dengan gemilang.”
Maulwi Rasheed Gangohi menuliskan, “Telah di titipkan dalam sesetengah tradisi, “Ya’ Ibaadallah! Bantulah aku.” Sebetulnya, ini bukanlah permintaan atau persembahan (isti’aanat) dari mana-mana pihak atau makhluq yang sudah mati. Bahkan, mereka yang dikatakan, ‘Ibaadullah’ itu barangkali adalah makhluq yang berada di lembah-lembah pergunungan, hutan-hutan dan pedalaman liar, seperti yang Allah telah lantikkan perwilayahan-Nya itu kepada sekian-sekian makhluq.”[55]
Adalah naqalan ini sangat jelas dan terus terang, bahawa terdapat sebahagian dari hamba-hamba Allah itu berada di Padang-padang pasir, Hutan-hutan, dan lain-lain lagi tempat liar dan mereka itu diberikan ijazah[56] Allah untuk memberi pertolongan kepada umat manusia. Oleh itu meminta pertolongan mereka adalah dibolehkan lagi dianjurkan. Dan kebolehan meminta akan pertolongan mereka (istimdaad) dari hamba-hamba Allah itu adalah dari dakwaan dan tegasan kami juga. Namun persoalan atas “Adakah sang nabi mulia menolong atau tidak?” Kami sudah menuliskan banyak risalah akan perihal ini, namun kami akan muatkan semula disini pada bahagian seterusnya.
Maulwi Mahmood Hasan menuliskan, “Kebenarannya, nabi mulia Muhammad adalah pemilik bagi Dunya (dan akhirat juga) selepas Allah. Sekalian binatang, jamadat ketulan-ketulan tidak bernyawa seperti batu-batuan, bukit-bukit, gunung-ganang, di daratan, di lautan, begitu juga sekalian manusia, dan bukan manusia yang berjiwa[57] - adalah semua demikian itu berada di bawah telapak kaki baginda mulia. Tuntasnya, baginda adalah pemilik yang sebenar dan atas sebab inilah memberi penghinaan dan ke’adilan (kemuliaan) itu tidak wajib bagi baginda.”[58]



[1] Surah al-Baqarah ayat 23
[2] Arwah adalah jama’ bagi ruh
[3] Surah Ali ‘Imran ayat 81
[4] Surah al-Baqarah ayat 153
[5] Surah al-Kahfi ayat 95
[6] Surah al-Anfal ayat 64
[7] Surah at-Tahrim ayat 4
[8] Surah al-Ma’idah ayat 55
[9] Surah al-Qasas ayat 35
[10] Surah at-Tawbah ayat 71
[11] Pengalih bahasa merasai maksud Tuan Mufti Ahmad Yar Khan bahawa Allah bidzaati adalah meliputi seluruh attributNya, ini kerana ayat-ayat sebelumnya menggunakan isim Dzat, tidak takhsis kepada sifat-sifatNya seperti al-Rahman, al-Hakim atau al-Adil, maka jika Allah menggunakan satu Isim untuk menyatakan bantuanNya, maka hal ini adalah terkhusus untuk satu sifatNya – “maka al-Rahman membantu kamu dengan kebijaksanaanNya”, namun ayat ayat tersebut digunakan dengan kalimah “ALLAH” adalah ismu Dzat maka demikian ini menunjukkan pertolongan ALLAH adalah meliputi seluruh attributNya. والله اعلم
[12] Surah Tha Ha ayat 29-32
[13] Mishkaat, Baabus-Sujood wa Fadhlihi
[14] Demikian ini kerana nabi Muhammad adalah kekasih ALLAH dan sedikit dari rahsia rahsia ketinggian darjat nabi Muhammad yang Agung.
[15] Ashiatul-Lam’aat, Sharah Mishkaat.
[16] Ma’rifah. Mengenal ALLAH.
[17] Makrifat sempurna.
[18] Ini sya’ir ada istighatsah dan tawassul sekaligus.
[19] Surah al-Nisaa’ ayat 64
[20] Mirqaat, Sharah Mishkaat
[21] Tafseer Kabeer
[22] Iaitu kekuasaan ruhani
[23] Tafseer Ruuhul-Bayaan
[24] Mathnawiy Sharif
[25] istighatsah
[26] बुज़ुर्ग {buJurg} = Elder = Orang mulia; Orang tua; Orang lama; Senior. Ia adalah perkataan dari bahasa hindi bermakna elder, atau senior.
[27] Hal ini kerana kiraan mereka secara fizikal dan mata benda. Mereka hanya mengira orang di quburan itu seperti awliya’ hanya beribadah dan berdoa kembali untuk mereka. Sedangkan tidak sekadar itu wahai saudaraku!
[28] Ini adalah perkataan tuan mufti Ahmad Yar Khan.
[29] Setiap awliya’ diberikan ALLAH wilayah yakni kekuasaan. Oleh demikian itu, hormatilah para awliya’ jika anda mengenali mereka di tempat anda kerana mereka adalah sohibul-makan (tuan punya tempat).
[30] Ashiatul-Lam’aat, Baab Ziyaaratil-Quboor.
[31] Istighatsah di sisi quburan awliya’.
[32] Pembesar-pembesar dari golongan sufiyah
[33] Ashiatul-Lam’aat, Baab Ziyaaratil-Quboor
[34] Orang Mutasyarif yang menolak ‘ilmu shufiyah.
[35] Hirzu al-Thameen
[36] Mufradnya (tunggal) ‘AbdAllah, ‘IbaadAllah adalah kata jama’. Makna hamba-hamba ALLAH
[37] Ibid
[38] Ketetapan hukum ‘adat sebagai kelaziman yang tidak boleh berpisah. Kerana haqiqat segala sesuatu itu adalah dari ALLAH – Dialah yang menggerakkan dan mendiamkan dan yang memberi bekas; perubahan kepada sekalian mumkinat. Bukanlah api yang membakar, tajam memotong, air membasuh dan angin menyejuk dan seterusnya seperti mana indera yang lima mengenalkan kita dengan musyahadah dengan mata kepala kepada hukum tabi’iy.
[39] Tafseer Fathul-Azeez, m/s 20.
[40] Tafseer Azeezi, Surah al-Baqarah, m/s 460
[41] Surah Yusuf ayat 42
[42] Alif lam syumul
[43] Durre-Mukhtar, Vol. 3, Baabul-Luqta.
[44] Nuzhatul-Khaatiril-Faatirfi Tarjamati Sayyidi Abdil-Qaadir (ر), m/s 61
[45] Orang-orang mulia, solehin, azkiya’ dan awliya’
[46] Janganlah keliru, kebaikan secara haqiqatan semua adalah dari ALLAH, tetapi makhluq ini adalah af’al ALLAH dan berta’amul sesama makhluq itu bukan syirik kerana ‘alam ini dan segala isinya (manusia terutama sekali) adalah jelmaan iradat dan qudrat ALLAH, inilah asbab musabab. Mengetahuinya (yakni haqiqat itu) adalah wajib, sementara berinteraksi (mengusahakan) dengan sesama makhluq itu adalah syariat dan aturan Allah.
[47] Mufti Ahmad Yar Khan Naeemi
[48] Perlu di ingatkan bahawa ALLAH mendengar sekalian do’a do’a hambaNya, hanyasanya dibahasakan demikian kerana atas kefasiqan dan kema’siatan si hamba itu, ditakuti atas kita jika Allah mengabaikan atau membiarkan kita kerana ‘amalan buruk bukan kerana tidak ta’luq sifat Sama’ (pendengaran) itu. Ini kerana sifat Sama’ dan Bashar ta’luq ke atas seluruh mawjudaat.
[49] Fataawa Rasheedia, Vol. 1, Kitaabul-Hazr wal-Ibaaha, m/s 64
[50] Fataawa Rasheedia, Vol. 3, m/s 5
[51] Qasaaide-Qaasimi
[52] Golongan istimewa atau khawas.
[53] Juga dinamakan ‘alam Mulkiyah.
[54] Translation of Siraate-Mustaqeem, m/s 103
[55] Fataawa Rasheedia, Vol. 1, Kitaabul-Bidat, m/s 99
[56] keizinan
[57] Atas kehendak Allah, jika ada iaitu alien/makhluq asing; sentient being.
[58] Awwala Kaamila, m/s 12.