Oleh: Mufti Ahmad Yar Khan Naeemi
progress 50%
Adalah meminta pertolongan para anbiya' (nabi) dan awliya' (waliy) itu di
bolehkan ketika seseorang itu percaya bahawa pertolongan tersebut sebenarnya
dari ALLAH Ta'ala sendiri, dan segala 'keperibadian' itu (iaitu orang-orang
mulia yang dimintai pertolongan dari mereka tadi) adalah hanya cerminan dari pertolongan
ALLAH. Kaum muslimiin hanya menanggapi demikian ini sahaja dan ketahuilah tidak
ada seseorang pun dari mereka akan mengatakan bahawa seorang waliy adalah
ALLAH. Adapun dalam masalah ini, perbincangan akan dibahagikan kepada dua bab.
BAB 1: DALIL BOLEH MEMINTA PERTOLONGAN (ISTIGHATSAH) DARI SELAIN ALLAH
KETAHUILAH, ada terdapat ayat-ayat Quran, hadith-hadith yang shahiih,
fatawa golongan fuqaha' dan muhadithiin yang membolehkan dan juga keadaan dalil
yang menolak permintaan bantuan dari selain ALLAH. Maka kita akan membincang
setiap bahagian itu secara satu persatu.
ALLAH berfirman,
وَإِن كُنتُم في رَيبٍ مِمّا
نَزَّلنا عَلىٰ عَبدِنا فَأتوا بِسورَةٍ مِن مِثلِهِ وَادعوا شُهَداءَكُم مِن دونِ
اللَّهِ إِن كُنتُم صادِقينَ
"Dan
kalau kamu ada menaruh syak tentang apa yang Kami turunkan (Al-Quran) kepada
hamba kami (Muhammad), maka cubalah buat dan datangkanlah satu surah yang
sebanding dengan Al-Quran itu, dan panggilah orang-orang yang kamu percaya
boleh menolong kamu selain dari Allah, jika betul kamu orang-orang yang
benar."[1]
dalam ayat ini,
orang-orang kafir dicabar oleh secara terbuka untuk menghasilkan satu Surah
seumpama al-Quran dan dipersilakan oleh ALLAH secara tekstual meminta
pertolongan dari selain ALLAH dari mana dan siapa sekalipun. Disini kita dapati
ALLAH membolehkan mengambil pertolongan dari selain ALLAH.
Nabi 'Isa
'alaihisSalam pernah bertanya, "Siapakah penolong agama ALLAH?" para
sahabat baginda (Hawariyyuun) menyahut, "Kamilah yang akan bantu agama
ALLAH!". Peristiwa ini dirakamkan dalam Surah Ali 'Imran ayat 52
Ayat ini menetapkan nabi 'Isa 'alaihisSalaam
sendiri meminta atau mempersoalkan bantuan dari selain ALLAH. "Siapakah
yang akan membantuku?". Makanya, disini kita dapat lihat nabi 'Isa meminta
bantuan dari selain ALLAH."
Melalui dalil ini, memberikan kita kaidah,
"saling membantu pada perkara ma'ruf dan 'amalan salih dan tidak pada
jalan kejahatan dan maksiat." Saling bantu membantu diperintahkan pada
ayat di atas.
"jika kamu membantu agama Allah, Dia akan
membantumu.” Allah, adalah Zaat yang bersifat Kamalat, salah satu Asma’Nya
“al-Ghaniy” (Yang Maha Kaya), memerintahkan hamba-hambaNya supaya membantu
agamaNya.
Pada hari Perjanjian (al-Mitsaaq) Allah telah mengambil perjanjian dari arwah[2] para
anbiya’ yang mulia atas KekasihNya (صلى الله عليه وسلم)
وَإِذْ أَخَذَ اللَّهُ
مِيثَاقَ النَّبِيِّينَ لَمَا آتَيْتُكُم مِّن كِتَابٍ وَحِكْمَةٍ ثُمَّ جَاءَكُمْ
رَسُولٌ مُّصَدِّقٌ لِّمَا مَعَكُمْ لَتُؤْمِنُنَّ بِهِ وَلَتَنصُرُنَّهُ
Dan (ingatlah) ketika Allah mengambil
perjanjian setia dari Nabi-nabi (dengan firmanNya): "Sesungguhnya apa jua
Kitab dan Hikmat yang Aku berikan kepada kamu, kemudian datang pula kepada Kamu
seorang Rasul yang mengesahkan apa yang ada pada kamu, hendaklah kamu beriman
sungguh-sungguh kepadanya, dan hendaklah kamu bersungguh-sungguh
menolongnya"[3]
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اسْتَعِينُوا
بِالصَّبْرِ وَالصَّلَاةِ ۚ إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ
“Wahai sekalian
orang-orang yang beriman! Mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah
dalam menyempurnakan sesuatu perintah Tuhan) dengan bersabar dan dengan
(mengerjakan) sembahyang; kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong)
orang-orang yang sabar”[4]
Orang Islam
diperintahkan mencari bantuan melalui “sabar” dan “solat”, kedua duanya adalah
selain ALLAH.
فَأَعِينُونِي بِقُوَّةٍ, demikian ini adalah ucapan yang telah terakamkan di dalam
al-Quran apabila Hadrat Zul-Qarnain meminta pertolongan orang-orang untuk
membantu beliau membina tembok besi memenjarai Yakjuj dan Makjuj.[5]
يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ حَسْبُكَ اللَّهُ
وَمَنِ اتَّبَعَكَ مِنَ الْمُؤْمِنِينَ
Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.[6]
Wahai Nabi, cukuplah Allah menjadi Penolongmu, dan juga pengikut-pengikutmu dari orang-orang yang beriman.[6]
فَإِنَّ اللَّهَ هُوَ مَوْلَاهُ
وَجِبْرِيلُ وَصَالِحُ الْمُؤْمِنِينَ ۖ وَالْمَلَائِكَةُ بَعْدَ ذَٰلِكَ ظَهِيرٌ
“…kerana sesungguhnya Allah adalah Pembelanya; dan selain
dari itu Jibril serta orang-orang yang soleh dari kalangan orang-orang yang
beriman dan malaikat-malaikat - juga menjadi penolongnya.”[7]
إِنَّمَا وَلِيُّكُمُ اللَّهُ وَرَسُولُهُ وَالَّذِينَ آمَنُوا الَّذِينَ يُقِيمُونَ
الصَّلَاةَ وَيُؤْتُونَ الزَّكَاةَ وَهُمْ رَاكِعُونَ
“Sesungguhnya
Penolong kamu hanyalah Allah, dan RasulNya, serta orang-orang yang beriman,
yang mendirikan sembahyang, dan menunaikan zakat, sedang mereka rukuk (tunduk
menjunjung perintah Allah).”[8]
قَالَ سَنَشُدُّ عَضُدَكَ بِأَخِيكَ
“Dia (Allah)
berfirman, “Kami akan menguatkan engkau (membantumu) dengan saudaramu,”[9]
Dan di dalam ayat
lain pula,
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
وَالْمُؤْمِنُونَ وَالْمُؤْمِنَاتُ بَعْضُهُمْ أَوْلِيَاءُ بَعْضٍ
“Dan orang-orang
yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi
setengahnya yang lain…”[10]
Adalah sudah maklum melalui penerangan ini, Allah, al-Rabb (pentadbir), adalah
penolong kamu, dan juga adalah orang Islam sesama mereka. Namun, Allah
merupakan penolong secara langsung (بالذات) sementara orang-orang Islam
adalah penolong secara tidak langsung (بالأرض).[11]
Ketika Hadrat Musa diperintahkan bertemu
dengan Fir’aun untuk di dakwahi, baginda mulia menyerahkan diri kepadaNya dan
meminta, “وَاجْعَل لِّي وَزِيرًا مِّنْ أَهْلِي هَارُونَ
أَخِي اشْدُدْ بِهِ أَزْرِي وَأَشْرِكْهُ فِي أَمْرِي -”
"Dan jadikanlah bagiku, seorang penyokong
dari keluargaku. Iaitu Harun saudaraku; Kuatkanlah dengan sokongannya,
pendirianku, Dan jadikanlah dia turut campur bertanggungjawab dalam urusanku…”[12]
Pada waktu itu, mengapa Allah tidak membalas,
“Mengapakah engkau mengambil pihak selainKu sebagai penolongmu? Tidakkah Aku
cukup untukmu?” Bahkan, Allah mengabulkan permintaan Nabi Musa. Oleh itu, kita
dapat pelajari dari kisah ini, mengambil orang-orang terpecaya adalah ciri-ciri
dari sunnah-sunnah anbiya’ yang mulia.
Hadrat Rabee’ah ibn Ka’ab Aslami meriwayatkan
adalah Nabi Muhammad yang Mulia mengatakan kepada beliau, “Mintalah.”, beliau
berkata, “Aku minta persahabatanmu (ya RasuulAllah) di Syurga.” Kemudian nabi
bertanya, “Adakah ada lagi keinginanmu?”. Beliau membalas, “Itu saja wahai Sang
Rasul.”, maka Rasulullah pun mengatakan, “Bantulah aku mendorongmu dengan
memperbanyakkan sujud (solat nafilah).”[13]
Hadith tersebut adalah sangat jelas menyatakan
bahawa Nabi Muhammad yang mulia dimintai oleh Hadrat Rabee’ah akan Syurga.
Nota: baginda tidak membalas, “Kamu sudah memintai aku syurga justru mengusiri
ALLAH? Kamu sudah musyrik.” Melainkan baginda merespon, “permintaanmu diterima,
adakah ada lagi permintaanmu?” Ini juga adalah dalil yang menambahkan lagi
kolektif dalil yang sudah sedia kuat. Bahkan sang Nabi juga mengatakan dengan
bentuk permohonan yang sama, “Bantulah aku mendorongmu dalam urusan ini melalui
memperbanyakkan sujud.” Ini juga adalah permintaan dari selain Allah yang
dipercontohkan oleh nabi.
Syaikh Abdul-Haqq Muhaddith Dehlawiy
menuliskan komentar tentang hadith ini, “Mintalah” adalah secara jelas dan
literal disebutkan oleh Nabi. Baginda juga tidak melarang hal demikian dengan
menunjukkan sesuatu bentuk kesalahan. Melalui ini kita mengetahui bahawa urusan
ini di restui dan di ajarkan oleh baginda mulia, Sayyiduna Rasuulullah sendiri.
Juga adalah menunjukkan kemurahan dan kelembutan attribut Nabi yang senantiasa
memberi dan mengurniakan apa sahaja, dengan perintah Tuhannya kerana,[14]
فان من جودك الدنيا وضرتها، ومن علومك علم اللوح والقلم
“maka sesungguhnya dari Wujudmulah (wahai Muhammad! Menjadi sabab dan rahmat) bagi wujud Dunya dan Hari Kemudian, dan adalah ‘ilmu akan al-Lauh dan al-Qalam itu sebahagian dari ‘ilmu-‘ilmu engkau (wahai Muhammad)”
“maka sesungguhnya dari Wujudmulah (wahai Muhammad! Menjadi sabab dan rahmat) bagi wujud Dunya dan Hari Kemudian, dan adalah ‘ilmu akan al-Lauh dan al-Qalam itu sebahagian dari ‘ilmu-‘ilmu engkau (wahai Muhammad)”
Jika kamu menginginkan kebaikan dari bangsa dunia ini atau dari hari
kemudian, persembahkanlah diri kalian di hadapannya (nabimu Muhammad) dan
mintalah apa yang kamu inginkan.”[15]
Terdapat 360 patung berhala berada di Ka’bah dan berterusan kekal
berada di sana selama 300 tahun. Kemudian setelah itu bangkitlah sang nabi kita
yang agung menyucikan kembali Baitullah. Allah kemudian menegaskan,
“Ketahuilah, Rumahku tidak akan suci tanpa bantuan kekasihKu, begitulah
hati-hati kamu jika tanpa bantuannya: ia tidak akan suci.”
Syarahan dalam kitab, “Noorul-Anwar”, ketika membahaskan tajuk,
“al-Khalq”, “termasuk dari sifat mulia sang Nabi iaitu dirinya sentiasa hadhir
di Hadrat Tuhannya dan sibuk memberkati dan merahmati dua negeri (dunya dan
akhirat). Ini disebabkan hanya baginda seorang sahaja yang mempunyai kedua-dua
negeri dan segala apa yang dimilikinya itu, hanya dialah yang memberi dan
menganugerahi.
Di ambil daripada Syaikh Abdul-Haqq bahawa adalah tuntas secara
haqiqat segala kurniaan dan Rahmat dunya dan akhirat patut kita mohon dari Nabi
Muhammad yang mulia, dari permintaan kemewahan, anak pinak, syurga, kelepasan
dari Jahannam dan sekalipun ingin sampai kepada Hadrat ALLAH.[16]
Ada suatu sya’ir sufi berbunyi, “Wahai Rasuulullah! Aku memintamu
bawalah Aku sampai ke Hadrat ALLAH.”[17] Wahai
ALLAH, aku memintaMu dengan nabi yang Agung.”[18]
Hadrat Qibla-e-Aalam, Muhaddith Alipuri menyatakan, “ALLAH berfirman,
وَلَوْ أَنَّهُمْ إِذ ظَّلَمُوا أَنفُسَهُمْ
جَاءُوكَ فَاسْتَغْفَرُوا اللَّهَ وَاسْتَغْفَرَ لَهُمُ الرَّسُولُ لَوَجَدُوا اللَّهَ
تَوَّابًا رَّحِيمًا
“…Dan kalaulah mereka ketika menganiaya diri mereka sendiri datang
kepadamu (wahai Muhammad) lalu memohon ampun kepada Allah, dan Rasulullah juga
memohon ampun untuk mereka, tentulah mereka mendapati Allah Maha Penerima
taubat, lagi Maha Mengasihani.”[19] Iaitu
(Syarahan ini ayat bagi Muhaddith Alipuri), “Allah akan mengasihani dan
menerima taubat mereka.” Dalam kata lain, mereka akan sampai kepada ALLAH
dengan menuju kepadamu wahai Rasuulullah.”
Seperti dalam Ashiatul-Lam’aat, Mulla Ali Qaari menuliskan atas
komentar hadith yang sama, “Adalah sang nabi yang mulia mengurniakan kepada
sesiapa sahaja yang baginda mahu atas sesuka hatinya.”[20]
Imam Fakhruddin ar-Raazi menuliskan, “golongan ketiga dari kalangan
mereka itu adalah para anbiya’, iaitu yang sudah di kurniakan ‘ilmu-‘ilmu dan
futuhat dari Allah sehingga mereka mengetahui rahsia-rahsia ‘alam dan
ciptaanNya dan di berikan Allah kekuasaan ruhaniyah yang besar. Mereka juga di
anugerahkan kekuasaan yang sangat banyak sehingga dapat menguasai
makhluq-makhluq di ‘alam raya.”[21]
Dalam ayat, “وإذْ قال ربك للملئكة” direkodkan dalam
Tafseer Kabeer berkenaannya akan sebuah riwayat dari Hadrat Abdullah ibn Abbas,
“{berkata sang nabi} hendaklah jika seseorang kamu ketika tersesat di padang
pasir atau tempat asing lagi sunyi mengatakan, “Ya ‘IbaadALLAH, bantulah aku,
semoga ALLAH memberikan rahmatNya kepada kalian.”
Komentar atas ayat, “ويسعون فى الأرض فسادا” al-‘Allamah Ismaa’il Haqqiy mengatakan bahawa
Syaikh Shalehuddin menyatakan, “Allah telah memberikan aku kekuasaan[22] sangat
kuat dan tak terkalahkan sehingga aku boleh menjatuhkan langit ke bumi. Jika
aku berkehendak, aku boleh menghancurkan seluruh manusia di muka bumi dengan
kekuasaan ALLAH, tapi aku hanya berbuat kebaikan.”[23]
Mawlana Jalaaluddin al-Rumi mengatakan, “para awliya’ Allah mendapat
kekuatan dari ALLAH sehingga dapat mengembalikan panah yang telah dilepaskan
busur.”[24]
Syaikh Abdul-Haqq menuliskan, “Imam al-Ghazali menyatakan, “meminta
pertolongan[25] dari
seseorang ketika masih hidup adalah mustahab juga meminta kepadanya ketika
beliau sudah meninggalkan dunia.”
Berkata seorang Buzurg[26], “Aku
telah menyaksikan empat orang yang memberi bantuan yang sama atau mungkin lebih
dahsyat lagi keadaannya dan mereka itu membantu dari quburan mereka seperti
berkhidmat mereka ketika masih hidup.”
Ada sesetengah orang mengatakan, “bantuan orang yang masih hidup itu
lebih berkuasa, dan jelas memberi banyak manfaat dan faedah.”[27] Walaupun
demikian perkataan mereka, aku[28] menegaskan
bahawa hal ini tidaklah benar, bantuan orang yang sudah meninggal lebih besar.
Para awliya’ itu mempunyai wilayah yakni kekuasaan[29] ke atas
‘alam. Hal ini kerana ruh mereka tidak binasa, melemah. Ketahuilah ruhaniyah
para awliya’ adalah seperti sediakala hidup mereka.”[30]
Nota hujung di dalam Kitab Mishkaat Shariif menerangkan, “Perbuatan
meminta di do’akan[31] oleh
ahli-ahli quburan selain dari nabi tercinta Muhammad, dan para anbiya’ yang
lain telah diperdebatkan orang golongan fuqaha’ (banyak pendapat). Walau
begitu, Saadatina Shaufiyah[32] dan
sebahagian fuqaha’ membolehkan ‘amalan tersebut. Al-Imamus-Syafi’iy mengatakan,
“Adalah maqam al-Imam Musa al-Kazhim itu terbukti berkesan memaqbulkan do’a.”
al-Imam al-Ghazzaliy mengatakan, “meminta pertolongan (istighatsah) adalah
boleh kepada orang yang sudah meninggal sebagaimana mereka masih hidup.”[33]
Dari pendapat inilah para fuqaha’ tidak menolak kebolehan meminta
kepada anbiya’ yang sudah berpindah ‘alam. Adapun meminta di do’akan para
awliya’ yang sudah meninggalkan dunia diperselihi di kalangan fuqaha’. Ulama’
dari golongan ‘ilmu zahir[34] menolak
akan kebolehannya sementara para pembesar Sufiy dan Fuqaha’ yang diberikan
futuhat dan mukasyafat menetapkan bahawa ianya adalah di anjurkan di dalam
agama.
Di dalam Hisnul-Haseen menegaskan, “Apabila pertolongan itu di
perlukan, seseorang itu hendaklah menyeru, “Wahai ‘IbaadAllah, tolonglah aku!”
wahai ‘IbaadAllah, bantulah aku!” – m/s 202
Al-‘Allamah Mulla ‘Aliy al-Qaariy mengatakan, “jika binatang ternakan
seseorang itu menghilang, hendaklah dia mengatakan, “wahai ‘IbaadAllah,
halangilah (pelarian) binatangku.”[35]
Berkomentar akan “’IbaadUllah”. Beliau menyatakan, “hamba-hamba ALLAH[36] (yakni ‘Ibaadallah)
bermaksud banyak, boleh di maksudkan kepada para malaikat, orang Islam, djinn
atau para ‘Abdal iaitu Rijaalul-Ghaib).”[37]
Kemudian beliau menegaskan, “hadith ini sanadnya hasan. Para musafir
sangat memerlukan pertolongan ini dan patut di jadikan kebiasaan (tradisi) dan
‘amalan ini ternyata berkesan.”
Shah ‘Abdul-Azeez menuliskan, “Adalah mustahak difahami bahawa meminta
pertolongan; istighatsah itu adalah meminta pertolongan dari seseorang atau
pihak kedua, dan menyaqini bahawa pertolongan itu bukan dari ALLAH, ia hanya
adalah sebuah kepercayaan dari pihak kedua adalah haram. Namun, sekiranya
perhatianmu dan syuhudmu itu kepada ALLAH, dan pihak kedua ini (waliy min
awliya’ atau ‘ibaadALLAH) dipandang sebagai mazhar; manifestasiNya dari pertolongan
ALLAH, dan memahami dengan I’tiqad yang
bersih dan murni tentang asbab musabab dan bagaimana sunnatUllah[38] berjalan,
maka mintalah pertolongan dengan pemahaman yang telah disebutkan tadi, hal ini
kerana ia tidak jauh dari pengenalan yang sebenar (sejajar dengan kebenaran
ma’rifat) dan ianya di bolehkan di dalam agama. Adalah kaidah meminta
pertolongan ini (istiaanat) dari pihak lain (selain ALLAH) sudah dipercontohi
oleh para anbiya’ dan awliya’sendiri. Kerana secara haqiqat, meminta
pertolongan ALLAH dari selain ALLAH itu juga adalah permintaan kepada ALLAH.”[39]
Beliau juga menerangkan, “mengatakan kerja-kerja ALLAH (seperti
mengurniakan anak, menambahkan rezeqi, memberi kesihatan kepada yang sakit, dan
seterusnya) kepada jiwa-jiwa yang hina dari kalangan musyrikuun dan penyembah
berhala, sudah tentulah mereka itu menjadi kafir. Tetapi orang yang Islam
menanggapi demikian itu adalah kebenaran dan haqiqat yang nyata tanpa berbelah
bagi, dan memandangnya adalah sebahagian daripada suruhan agama. Hal ini kerana
kita menganggap perkara tersebut keperluan kepada makhluq lain (contohnya,
makan ubat, do’a para awliya’ dan solehin dan seterusnya) dan golongan
muqarrabin ini meminta kepada Allah juga untuk menyempurnakan keperluan
manusia. Oleh sebab itulah keimanan golongan mukmin tidak tergoyahkan dek
kerana perkara sedemikian itu.[40]
Di dalam buku Bustaanul-Muhaditheen, Shah Abdul-Azeez merekodkan ayat
yang keramat dari Syaikh Abdul-Abbas Ahmad Zardani (ر), “Aku
adalah penyimpan bagi murid-muridku, ketika masalah menghimpit mereka. Jika
kalian (wahai murid) mendapati sebarang kesulitan atau kesusahan, menyerulah,
“Yaa Zarooq (ر)!” dan aku akan segera mendapatkanmu.”
“maka disebabkan itu, tinggallah (Yusuf) di dalam penjara beberapa
tahun.”
Tafseer Kabeer, Ruuhul-Bayaan dan Khaazin menyatakan terhadap atas
tadi, “الاستعانه بالناس فى دفع الضرر والظلم جائزة” – iaitu “(semua)[42] penyeruan
kepada manusia dalam (urusan) menolak bahaya dan kezaliman adalah hukumnya
mubah.” Dan pada ayat, lanjutan ayat itu “فانساه الشيطان”,
Tafsir Khaazin juga menyatakan, “الاستعانة بالمخلوق في دفع
الضرر جائز” – iaitu “(semua) penyeruan kepada makhluq
dalam (urusan) menolak mudarat adalah harus/boleh.”
Demikian ini pula di amalkan untuk mencari harta yang hilang, “Apabila
seseorang kehilangan sesuatu dari kepunyaannya dan dia mengharapkan Allah
memulangkan kembali kepadanya barang tersebut, maka berdirilah dia pada suatu
tempat yang tinggi dan menghadaplah arah Qiblat, kemudian membaca Surah
al-Fatihah dan menghadiahkan pahala itu kepada Nabi kita, kemudian hadiahkan
lagi satu bacaan kepada Sayyidi Ahmad ibn Alwan (ر). Setelah itu membacalah
doa ini, “Wahai Sayyidi Ahmad ibn Alwan! Jika engkau tidak mengembalikan apa
yang menjadi kepunyaanku itu (yang sudah hilang) maka aku akan singkirkan
engkau dari daftar para awliya’ (kekasih ALLAH)” Melalui ini, Allah akan
mengembalikan barangnya dengan selamat dan berkat.[43]
Sayyid Ahmad ibn Alwan (ر) sudahpun diamalkan dan
bantuan beliau sudah dimintai atas maklumat kita terhadap ini amalan,
setidaknya pasti sudah berlangsung beberapa lama. Maka siapa yang
mengajarkannya? Ia di ajarkan oleh yang Mulia, Faqih dan ‘ilmu besar dalam
madzhab Hanafi dan pengarang bagi kitab Durr-e-Mukhtaar, al-Imam Haskafi (ر)
Al-Imam Abu Hanifah pernah mengatakan, “Wahai yang paling mulia dan
elok dari seluruh ciptaan dan Khazanah Rahmat Ilahi, Apa sahaja yang ALLAH
sudah kurniakan kepadaMu, berikanlah aku sebahagian darinya juga. ALLAH (ج) telah menjadikan engkau puas dan terpenuhi,
maka puaskanlah dan penuhilah aku. Aku adalah pedamba KemurahanMu dan tidak ada
yang setara denganMu di dalam segala ciptaan.” – Qasidah Nu’man.
Dalam qasidah tersebut, pertolongan secara jelas, soreh dan nyata
kepada sang Nabi Mulia.
Imam Busairi juga menuliskan, “Wahai yang unggul dari sekalian
ciptaan! Tidak ada seorangpun yang aku harapkan perlindungan darinya melainkan
Engkau.” – Qasidah Burdah.
Jika kami ingin menaqalkan setiap bukti dari kalangan ‘ulama, fuqaha’
yang mengamalkan permintaan kepada nabi Muhammad untuk pertolongan, maka sudah
pastilah sangat panjang dan meleret. Oleh itu cukuplah dengan sekadar ini.
Di ambil dari Shaami, dalam masalah berpergian atau safar menuju
kepada quburan, Imam al-Syafi’iy menyatakan, “Apabila aku menghadapi suatu
keperluan, aku menghadirkan diriku di hadapan maqam (qubur) Imam Abu Hanifah (ر) maka
melaluinya aku mendapat berkah dan keperluanku terpenuhi.
Mulla Ali Qari (ر) merekodkan kenyataan Hadratus-Syaikh,
Abdul-Qadir, Ghawthul-A’zham (ر), “Sesiapa yang meminta bantuanku
(istighatsah) dalam apa jua masalah, kesukaran atau kesedihan, kesusahannya itu
akan di lenyapkan. Sesiapa yang mengambil namaku dan menyeru kepadaku dalam
kesukaran, kesukarannya itu akan di angkat, dan sesiapa yang menggunakan aku sebagai
waseelah kepada ALLAH dalam apa jua keperluannya, hajatnya akan sampai.[44]
Dalam tajuk yang sama, sudah di riwayatkan bahawa, Hadrat
Ghawtul-A’zham (ر) sendiri
menjelaskan kaifiat untuk melakukan Namaaz-e-Ghawthiya: (1) mendirikan dua
rakaat solat nafilah dengan bacaan surah al-Ikhlas 11 kali selepas al-fatihah,
(2) selepas memberi salam akhiri solat, Durood (selawat) dan salaam hendaklah
dibaca sebanyak 11 kali setiap satu. Kemudian mengambil 11 langkah mendekati
Kota Baghdad al-Syarif dan pada setiap langkah, nama Hadrat Ghawthul-A’zham (ر)
hendaklah di sebut dan sampaikanlah keperluan anda. Dua ayat ini juga patut
dibaca:
ايدركنيْ ضيم وانت خيرتي، واظلم فى الدنياء وانت نصيرى
ايدركنيْ ضيم وانت خيرتي، واظلم فى الدنياء وانت نصيرى
وعار على حامى الحمى وهو منجدى، اذا ضاع فى البيدا عقال بعيرى
Setelah menuliskan ini, Mulla Ali Qaari (ر) menuliskan, “Adalah
Namaaz-e-Ghawthia ini sudah di amalkan berkali-kali. Keputusannya senantiasa
benar, dan baik.”
Hadrat Ghawthul-A’zham (ر) mengajarkan kaum muslimiin
memohon kepada beliau ketika dalam kesusahan. Juga seorang ulama’ yang hebat
dalam madzhab Hanafi merekodkan ajaran Hadrat Ghawthul-A’zham ini tanpa
sebarang bantahan dan memberikan keberkesanan serta sokongan dalil-dalil agama.
Oleh itu, sudah memadailah pada kita membicarakan lagi bahawa meminta
pertolongan dari golongan Buzurgs[45] setelah
perpindahan ‘alam adalah dibolehkan dan memberikan kebaikan.[46]
Kesemua yang kita sudah bicarakan dan lalui adalah bukti dan dalil
yang kuat dari Quran, Hadith dan pendapat para fuqaha’, ulama’ dan masyayikh.
Kita mengikuti pula pendapat dari pihak yang menentang dan mengatakan ia adalah
amalan yang konon sesat lagi kufur.
Syaikhul-Hindi dari Deobandi, Maulwi Mahmuud Hasan, menuliskan dalam
tafsir al-Quran beliau, pada ayat, “إياك نستعين” “Ya,
adalah dibolehkan secara terang-terangan meminta bantuan dari orang-orang
shalihin, dengan sangkaan yang baik bahawa beliau itu menjadi tangga kepada
Rahmat Ketuhanan. Namun berhati-hatilah, bukan beliau itu merdeka atau qadim (غير المستقل), ini kerana mencari pertolongan (استعانة) itu secara terus terang adalah meminta kepada Allah. Dari nuqilan ini,
sudah menentukan jawapan bagi masalah ini. Adalah kami[47] mendakwa
dengan yaqin bahawa qaum muslimiin tidak akan beriman dan beri’tiqad ke atas
anbiya’ dan awliya’ itu sebagai Allah, atau selekeh-lekeh menjadi anakNya.
Mereka (qaum muslimiin) menyahajakan permintaan dan pertolongan itu adalah
sebagai waseelah atau perantaraan.
Telah di hantarkan sebentuk soalan kepada Maulwi Rasheed Ahmed,
“Apakah hukum atau keputusan tuan terhadap pembacaan,” “Ya Rasuul-ALLAH! Ini
adalah permohonan kepadamu. Ya Muhammad Mustafa! Kami memohon suatu keperluan
darimu. Bantulah, ya Muhammad Mustafa, bagi hak ALLAH, disepanjang masa, aku
mohon kepadamu!.”, bagaimana?”
Kemudian dijawab oleh beliau, “Membacanya dalam keadaan penuh
kecintaan dan keteguhan, dengan tanggapan bahawa Allah akan mendengar[48] (akan
permintaan itu) atau sahajakan ia atas sebab kecintaan tanpa apa apa anggapan
adalah di bolehkan.”[49]
Bertanya lagi seseorang kepada beliau, apakah hukum ke atas pembacaan
rangkap ini,
"يا رسول الله انظر حالنا, يا رسول الله اسمع قالنا"
"يا رسول الله انظر حالنا, يا رسول الله اسمع قالنا"
"انني في بحرهم معرق، خذ بيدى سهل لنا اشكالنا"
Atau membaca serangkap ayat dari Qasidah
Burdah,
“يا امرم الخلق ما لى من الوذبه،
سواك عنذ حلول الحادث العمم”
Kemudian beliau menjawab, “membaca rangkap sedemikian itu, samada
madah-madah pujian, sya’ir, atau kata-kata keramat, itu semua adalah
makrooh-e-tanzeehi. Bukan perbuatan kufur dan fasiq.[50]
Dalam guntingan-guntingan yang di hidangkan, meminta kepada nabi (صلى الله عليه وسلم) pertolongan sudah diputuskan tidak menjadi kekufuran, men-syarikat-kan
Allah, tetapi ianya adalah dibolehkan (mubah) dan adalah menjadi
Makrooh-e-Tanzeehi bagi pendapat yang paling jauh untuk di ambil kira.
Maulwi Qaasim Nanautwi menuliskan, “Anugerahilah pertolongan, wahai
Rahmat sang Ahmad (صلى الله عليه وسلم) kerana tidak ada penolong selain engkau
bagi Qaasim yang malang ini.”[51]
Maulwi Isma’il Dehlawi menuliskan, “adalah golongan elit-elit[52] lagi
tinggi darjat ini mempunyai wilayah dan kelulusan untuk mengubah ‘Alam Mitsal
dan ‘Alam Shahaadat[53].”[54]
Haaji Imdaadullah Makki menyatakan, “Ya Rasuul-Allah, Allah sudah
memberikan kapal ummat ini untuk kau nakhodai. Engkau boleh sekarang sama ada
mengkaramkan ia atau terus berlayar dengan gemilang.”
Maulwi Rasheed Gangohi menuliskan, “Telah di titipkan dalam sesetengah
tradisi, “Ya’ Ibaadallah! Bantulah aku.” Sebetulnya, ini bukanlah permintaan
atau persembahan (isti’aanat) dari mana-mana pihak atau makhluq yang sudah
mati. Bahkan, mereka yang dikatakan, ‘Ibaadullah’ itu barangkali adalah makhluq
yang berada di lembah-lembah pergunungan, hutan-hutan dan pedalaman liar,
seperti yang Allah telah lantikkan perwilayahan-Nya itu kepada sekian-sekian
makhluq.”[55]
Adalah naqalan ini sangat jelas dan terus terang, bahawa terdapat
sebahagian dari hamba-hamba Allah itu berada di Padang-padang pasir,
Hutan-hutan, dan lain-lain lagi tempat liar dan mereka itu diberikan ijazah[56] Allah
untuk memberi pertolongan kepada umat manusia. Oleh itu meminta pertolongan
mereka adalah dibolehkan lagi dianjurkan. Dan kebolehan meminta akan
pertolongan mereka (istimdaad) dari hamba-hamba Allah itu adalah dari dakwaan
dan tegasan kami juga. Namun persoalan atas “Adakah sang nabi mulia menolong
atau tidak?” Kami sudah menuliskan banyak risalah akan perihal ini, namun kami
akan muatkan semula disini pada bahagian seterusnya.
Maulwi Mahmood Hasan menuliskan, “Kebenarannya, nabi mulia Muhammad
adalah pemilik bagi Dunya (dan akhirat juga) selepas Allah. Sekalian binatang,
jamadat ketulan-ketulan tidak bernyawa seperti batu-batuan, bukit-bukit,
gunung-ganang, di daratan, di lautan, begitu juga sekalian manusia, dan bukan
manusia yang berjiwa[57] - adalah
semua demikian itu berada di bawah telapak kaki baginda mulia. Tuntasnya,
baginda adalah pemilik yang sebenar dan atas sebab inilah memberi penghinaan
dan ke’adilan (kemuliaan) itu tidak wajib bagi baginda.”[58]
[1] Surah al-Baqarah
ayat 23
[2] Arwah adalah jama’
bagi ruh
[3] Surah Ali ‘Imran
ayat 81
[4] Surah al-Baqarah
ayat 153
[5] Surah al-Kahfi ayat
95
[6] Surah al-Anfal ayat
64
[7] Surah at-Tahrim
ayat 4
[8] Surah al-Ma’idah
ayat 55
[9] Surah al-Qasas ayat
35
[10] Surah at-Tawbah
ayat 71
[11] Pengalih bahasa
merasai maksud Tuan Mufti Ahmad Yar Khan bahawa Allah bidzaati adalah meliputi
seluruh attributNya, ini kerana ayat-ayat sebelumnya menggunakan isim Dzat,
tidak takhsis kepada sifat-sifatNya seperti al-Rahman, al-Hakim atau al-Adil,
maka jika Allah menggunakan satu Isim untuk menyatakan bantuanNya, maka hal ini
adalah terkhusus untuk satu sifatNya – “maka al-Rahman membantu kamu dengan
kebijaksanaanNya”, namun ayat ayat tersebut digunakan dengan kalimah “ALLAH”
adalah ismu Dzat maka demikian ini menunjukkan pertolongan ALLAH adalah meliputi
seluruh attributNya. والله اعلم
[12] Surah Tha Ha ayat
29-32
[13] Mishkaat,
Baabus-Sujood wa Fadhlihi
[14] Demikian ini
kerana nabi Muhammad adalah kekasih ALLAH dan sedikit dari rahsia rahsia
ketinggian darjat nabi Muhammad yang Agung.
[15] Ashiatul-Lam’aat,
Sharah Mishkaat.
[16] Ma’rifah. Mengenal
ALLAH.
[17] Makrifat sempurna.
[18] Ini sya’ir ada
istighatsah dan tawassul sekaligus.
[19] Surah al-Nisaa’
ayat 64
[20] Mirqaat, Sharah
Mishkaat
[21] Tafseer Kabeer
[22] Iaitu kekuasaan
ruhani
[23] Tafseer
Ruuhul-Bayaan
[24] Mathnawiy Sharif
[25] istighatsah
[26] बुज़ुर्ग {buJurg} = Elder = Orang mulia; Orang tua;
Orang lama; Senior. Ia adalah perkataan dari bahasa hindi bermakna elder, atau
senior.
[27] Hal ini kerana
kiraan mereka secara fizikal dan mata benda. Mereka hanya mengira orang di
quburan itu seperti awliya’ hanya beribadah dan berdoa kembali untuk mereka.
Sedangkan tidak sekadar itu wahai saudaraku!
[28] Ini adalah
perkataan tuan mufti Ahmad Yar Khan.
[29] Setiap awliya’
diberikan ALLAH wilayah yakni kekuasaan. Oleh demikian itu, hormatilah para
awliya’ jika anda mengenali mereka di tempat anda kerana mereka adalah
sohibul-makan (tuan punya tempat).
[30] Ashiatul-Lam’aat,
Baab Ziyaaratil-Quboor.
[31] Istighatsah di
sisi quburan awliya’.
[32] Pembesar-pembesar
dari golongan sufiyah
[33] Ashiatul-Lam’aat,
Baab Ziyaaratil-Quboor
[34] Orang Mutasyarif
yang menolak ‘ilmu shufiyah.
[35] Hirzu al-Thameen
[36] Mufradnya
(tunggal) ‘AbdAllah, ‘IbaadAllah adalah kata jama’. Makna hamba-hamba ALLAH
[37] Ibid
[38] Ketetapan hukum
‘adat sebagai kelaziman yang tidak boleh berpisah. Kerana haqiqat segala
sesuatu itu adalah dari ALLAH – Dialah yang menggerakkan dan mendiamkan dan
yang memberi bekas; perubahan kepada sekalian mumkinat. Bukanlah api yang
membakar, tajam memotong, air membasuh dan angin menyejuk dan seterusnya
seperti mana indera yang lima mengenalkan kita dengan musyahadah dengan mata
kepala kepada hukum tabi’iy.
[39] Tafseer
Fathul-Azeez, m/s 20.
[40] Tafseer Azeezi,
Surah al-Baqarah, m/s 460
[41] Surah Yusuf ayat
42
[42] Alif lam syumul
[43] Durre-Mukhtar,
Vol. 3, Baabul-Luqta.
[45] Orang-orang mulia,
solehin, azkiya’ dan awliya’
[46] Janganlah keliru,
kebaikan secara haqiqatan semua adalah dari ALLAH, tetapi makhluq ini adalah
af’al ALLAH dan berta’amul sesama makhluq itu bukan syirik kerana ‘alam ini dan
segala isinya (manusia terutama sekali) adalah jelmaan iradat dan qudrat ALLAH,
inilah asbab musabab. Mengetahuinya (yakni haqiqat itu) adalah wajib, sementara
berinteraksi (mengusahakan) dengan sesama makhluq itu adalah syariat dan aturan
Allah.
[47] Mufti Ahmad Yar
Khan Naeemi
[48] Perlu di ingatkan
bahawa ALLAH mendengar sekalian do’a do’a hambaNya, hanyasanya dibahasakan
demikian kerana atas kefasiqan dan kema’siatan si hamba itu, ditakuti atas kita
jika Allah mengabaikan atau membiarkan kita kerana ‘amalan buruk bukan kerana
tidak ta’luq sifat Sama’ (pendengaran) itu. Ini kerana sifat Sama’ dan Bashar
ta’luq ke atas seluruh mawjudaat.
[49] Fataawa Rasheedia,
Vol. 1, Kitaabul-Hazr wal-Ibaaha, m/s 64
[50] Fataawa Rasheedia,
Vol. 3, m/s 5
[51] Qasaaide-Qaasimi
[52] Golongan istimewa
atau khawas.
[53] Juga dinamakan
‘alam Mulkiyah.
[54] Translation of
Siraate-Mustaqeem, m/s 103
[55] Fataawa Rasheedia,
Vol. 1, Kitaabul-Bidat, m/s 99
[56] keizinan
[57] Atas kehendak
Allah, jika ada iaitu alien/makhluq asing; sentient being.
[58] Awwala Kaamila,
m/s 12.
No comments:
Post a Comment